10/3/10

KEKELIRUAN

Ini terjadi pada malam MANCHESTER UNITED VS VALENCIA


Siaran kat astro 811 dan 812 menunjukkan perlawanan Velencia di dua tempat yang berbeza tapi kedua-duanya menunjukkan yang Valencia FC tengah LIVE

LAMPU MENYALA



Genre:Ikut suka la...

Satu ari ngh kije mak aku call,"Farid kete ayah rosak ag",benda tu da biasa sg sampai aku pun tak igt 
bape kali masuk bengkel.

So balik tu aku tanya ayah aku knapa plak kali ini?ape prob nye?.So ayah aku ckp la pagi tadi die g bsuh keta kat kedai.

Ayah aku pun memulakan cerita:

Dia kata dia hari ni ntah nape ntah terlebih rajin,terlebih semangat dan terlebih segala-galanya dia mtk tukang cuci tu cuci sklai enjin kete da alang2 basuh tu katanye.Yang tukang cuci tu pun apa ag bukak bonet enjin sembur je laju2.

Sesudah abis basuh tu ayah aku da bayar n mase nk balik tu tetibe ade 'lampu merah' menyala kat meter kete.
Ayah aku tanya kat tukang cuci tu nape lampu menyala nie? Selamba je tukang cuci tu pegi kat depan keta dia kate "tak de bos,lampu x menyala pun". Ayah aku maksud kan lampu kat dalam keta bukan lampu depan tu...huhu.Adoi(",)


9/25/10

sedey pasti lama,gembira pasti sekejap

sedih aku,
pasti ada yang tertanya mengapa?
tak perlu tahu apa sebabnya:(
hanya ingin meluahkan.
tak perlu kata apa-apa,
sebab aku sendiri tak tau sebabnya.
mungkin kerana manusia ataupun aku sendiri.

ingin ku katakan persahabatan.
pengenalan,perjumpaan.
semua pasti perit walau lelaki dan perempuan.
walau perempuan dengan perempuan dan lelaki dengan lelaki.
bila ia berakhir dengan satu perkataan.
PERPISAHAN.

hanya coretan jiwa:)

5/30/10

KEBEBASAN

apakah erti kebebasan pada setiap insan.
bebas dari belenggu kemiskinan.
bebas dari masalah keluarga.
bebas dari jenayah.
bebas dari penjajah.

berbagai erti bebas itu pada manusia.
tapi apakah bebas itu satu kebaikan atau keburukan.
dalam mencari erti kebebasan kekadang kita alpa.
hingga terus tersesat dalam KEBEBASAN.

5/29/10

Kata-kata dari seorang anak Malaysia

bukan aku nk hina sesiapa yang cuba mencemuh 1 Malaysia.
bukan ku nak kata satu pihak yang betul.
bukan aku tak suka mereka yang mencemuh kerajaan.
bukan ku pertahankan satu pihak.

tapi mereka sedar atau tidak kita sudah Merdeka.
apakah maksud Merdeka bagi mereka yang suka memberotak.
tidak sukakah mereka dengan keamanan.
apa lagi kalau bukan kerana kuasa.
sedih aku tgk anak-anak muda yang polos cuba untuk mengikuti.
cuba untuk menegakkan benang yang basah.
aku akui tidak hanya satu pihak yang betul.
itulah tugas kita sebagai rakyat yang berbilang kaum.
cubalah bersatu bukan mencari kelemahan masing-masing.

aku anak Melayu dan aku tau masih ada persaingan antara kaum.
aku akui aku terlalu gah dengan nama Melayu.
sampai aku terlalu leka dan tidak membuat apa-apa.
aku tau mengapa mereka cuba menjadi hipokrit.
ingin menakluk bagi keselesaan.
apa yang ingin ku katakan hanyalah..
"bersatu kita ramai bercerai kita terabai"
harap dapat ku katakn kepada semua biar sampai ke tusuk telinga.
SALAM MUHIBBAH SALAM 1 MALAYSIA

mengapa

bukan luahan hati cuma mahu berkata-kata hasratku ini,
mengapa berjumpa kalo kita saling menyakiti,
mengapa berkenalan kalo mahu bertikam lidah,
mengapa harus bersua kalo akhirnya perlu ada perpisahan,

bukan marah dengan yang terjadi,
cuma mengapa?
tidakkah mereka mengerti bahawa manusia ini hanya insan yang lemah.
mengapa mereka tidak boleh menerima sedangkan mereka juga serupa.

11/14/09

THANKS BUT NO THANKS

Thanks sebab habisnyer final
tadi bermakna habisla untuk aku
menjawab peperiksaan selamanya.

Thanks sebab habis jer paper tadi
aku dapat makan free
makan PIZZA agi tu.

But no thanks sebab aku
tak leh jawab paper tadi.

But no thanks
coz lepas nie im gonna
MISS all my fwen.

p/s: Kepada yang berkenaan
Adakah esok jadi ke Sagil?