9/12/09

wajarkah indonesia


Baru2 ini di Jakarta, Indonesia dikatakan ada pihak tertentu telah pun membuat demonstrasi dengan mengadakan sekatan jalanraya. Sekatan ini diadakan dengan logo 'SWEEP MALAYSIA'. Tujuan sekatan jalanraya ini dijalankan adalah bagi membantah kononyan Malaysia telahpun mengambil lagu ciptaan Indonesia bagi mempromosikan Negara Malaysia. Hal ini telahpun dijelaskan oleh pihak Malaysia bahawa iklan yang dipertontonkan itu adalah hasil sebuah produksi iklan swasta dan ini tidak ada mengena dengan pihak Kerajaan Malaysia. Oleh itu pihak tertentu yang mengadakan sekatan jalanraya ini adalah salah satu tindakan yang tidak wajar dilakukan, ini kerana ianya boleh menyebabkan ketegangan antara dua buah negara yang sebelum ini telah menjalinkan hubungan yang baik dan damai. Jadi pihak Indonesia perlulah mengambil tindakan yang bersesuaian bagi memberhentikan ketengagan ini yang dilihat akan membahayakan rakyat Malaysia disana. Cuba pihak tertentu yang mengadakan sekatan ini memikirkan apakah perasaan mereka jikalau rakyat mereka disini(MALAYSIA) ditahan dan dipukul hanya kerana kesilapan pihak lai. WAJARKAH???

No comments:

Post a Comment